ABOUT EMMAFAN IRMA

My photo
kota kinabalu, kota kinabalu, Malaysia
full name:IRMAYATI BINTI ASIN nick name:EMMAFAN IRMA date of birth:10 OCTOBER 1982 place of birth:HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA. Gender:FEMALE Religion:KADAZAN DUSUN Race:ISLAMIC Address:KOTA KINABALU SABAH MALAYSIAN. Email:emma_fan2006@yahoo.com music:ROCK,BALAD,SENTIMENTAL ROCK favorite artist:FAIZAL TAHIR,DATO SITI NURHALIZA and ANUAR ZAIN. Action Artist Favorite: TONY JAA(thai),JEEJA YANIN(Thai) and JET LI (Hong Kong). Hobi:HEARING SONGS,COOKING,SINGING Height:147 cm weight:85 kg(too fat huhuhuhu) kids:ONLY 1(MOHAMMAD JAZLIE IRFAN BIN JANI) Status:MARRIED Zodiak:LIBRA

Wednesday, 12 October 2011

kelihatan kelibat roh ALDA RISMA penyanyi lagu 'AKU TAK BIASA'

PENAMPAKAN DI BILIK HOTEL GREN MENTENG,JAKARTA TIMUR

ADA POCONG di Bilik Hotel Alda Menginap?


USAI Alda Rizma dikubur, kelmarin Rabu, ada dua hal yang membuat merinding tab cerita versi sinetron religi, adalah munculnya sosok pocong di bilik-bilik hotel yang telah ditempati Alda cs hingga Alda meregang nyawa. Hal lain yang membuat tak percaya, kubur Alda dikhabarkan runtuh kerana mungkin tanah kuburannya diguyur hujan. Benarkah?



Bilik-bilik hotel Gran Menteng, Jakarta Timur yang dalam dua hari ini jadi sorotan masyarakat kerana disitulah Alda terkini menghembuskan nafasnya. Dan kini bilik tersebut masih menyisakan misteri meski seluruh barang bukti telah diambil Polis seperti jarum suntik, kondom, kapas tompok darah dan botol-botol minuman keras. Kematian Alda jadi misteri meski Polisi baru boleh menyimpulkan kematian Alda kerana over dos mem
akai dadah setelah di chek air kencing.

Nah misteri yang dirasa boleh bakal membuat bulu kuduk merinding adalah berita munculnya hantu pocong di bilik-bilik hotel 432 yang telah dihuni Alda dan teman-temannya itu. Hal itu telah didedahkan oleh seorang wartawan infotainment dari sebuah rumah produksi di Jakarta Selatan. Dan telah memberikan kesaksiannya kepada beberapa media.
Pocong itu muncul terakam dalam kameranya. Awalnya, Rabu (13/12) malam, reporter dan jurukamera menyambangi hotel Gran Menteng, dan mampirlah ke bilik nombor 432 itu. Untuk keperluan pemberitaan, disorotlah bilik tersebut dengan saksama. Saat di bilik, kejadian aneh sebenarnya tak terjadi dialami oleh reporter atau kameramen yang tak mau disebut namanya.

Reporter itu mengaku terkejut ketika rakaman dimainkan kembali dikantornya. Saat ditonton, dalam rakaman muncul sekelebat hantu mirip pocong. Kontan semua yang melihatnya merinding. Penampakan itu memang hanya sekelebat namun diaras jelas dilihat oleh mata. Dan sepertinya rakaman tersebut akan ditayangkan.
Pemilik nama lengkap Alda Risma Elvarini memang tergeletak tanpa nafas di bilik bernombor 432 itu. Dan kini bilik itu jadi misteri kerana terus menjadi pemberitaan. Tiap hari, khabarnya ada saja wartawan yang menyambangi bilik tersebut untuk keperluan pemberitaan.

                                                                penampakan roh Alda Risma



                                                                   misteri kamar 432


                                                      klip video 'AKU TAK BIASA'


-admin-

CUCUK SANGGUL BUNIAN







cucuk sanggul yang diguna kan oleh puteri bunian sebagai senjata apabila darurat.gambar dibawahnya pula adalah keris nagasari sakti..


-admin-

Misteri Jam 12(petikan)

cerita nih di petik dari satu rancangan radio di singapore yg mmg cite2 pasal alam mistik nih...tatapan untuk 
perkongsian bacaan kita bersama....selamat membaca...



Ada satu pasangan suami isteri ni pergi memancing dan berkhemah di salah sebuah kawasan bersama-sama dengan saudara mereka. Tempat ni memang biasa orang memancing pun.. jadi ikutkan takde masalah sebenarnya.  Bila sampai disana pun mereka semua buat macam biasa saja cuma apabila dah malam sedikit si suami ni perasan yang isterinya tiada di khemah. Setelah bertanya pada saudaranya, mereka katakan si isteri ni pergi kutip kayu bersama-sama dengan seorang lagi saudara mereka. Jadi si suami ni takdelaa risau mana, cuma cuba menjejaki dimana isterinya mengutip kayu.


Dalam mencari tu nampaklah dia si isterinya sedang mengutip kayu di bawah sepohon pokok agak besar. Cuma yang peliknya di atas pohon pokok tersebut dia ternampak seakan seutas tali yang panjang dan hampir mengenai kepala isterinya. Dia cuba mendekati dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat diatas pokok tersebut ada satu mahkluk yang tergantung dan lidahnya terjeler panjang kebawah dan seolah-olah menjilat-jilat rambut isterinya. Ya Allah! Lantas dia memanggil saudaranya seorang lagi untuk melihat apa yang telah disaksikannya. Tanpa menunggu lama saudaranya melaungkan Azan dan segera memanggil isteri mereka untuk kembali ke khemah tanpa memberitahu apa yang berlaku.

Sampai sahaja di khemah sang suami cuba mengusap belakang kepala isterinya yang dilihat bagaikan dijilat-jilat sebentar tadi dan nyata ianya masih basah. Apabila ditanya kepada isterinya.. jawabnya ” Entahlaa bang.. saya kutip kayu bawah pokok tadi.. mungkin air dari pokok tu agaknya..” Erk!

Ada satu cerita lagi tentang seorang lelaki yang balik kerja lewat malam dan katanya setiap kali beliau pulang beliau perasan ada penumpang yang turut sama mengikuti di tempat duduk belakang. Adeh..! dahlaa aku pun balik tengah malam.. apa punya cerita nih.. huh.. OKlaa cukuplaa tu.. seram jugak aku ni sorang-sorang dalam ofis. Jam pun dah dekat pukul 12 malam. Kalau nak rasa feelnya dengarlaa “Misteri jam 12 – Kalau berani dengar.., takut jangan…”

-admin-

Tuesday, 11 October 2011

BAYI KEMBAR RENTUNG BERPELUKAN


July 6th, 2011 | By pengarang untuk orang lain ~ ~




Bayi Kembar Rentung Berpelukan

Berita sedih, pasangan bayi perempuan berumur 3 tahun rentung dalam keadaan yang menyayat hati akibat rumah mereka yang dijilat api semalam. Kejadian berlaku di di Kampung Durian Mas, Manir Terengganu lebih kurang pukul 9.18 minit pagi. Norfatin Fazanah Hamid dan Norfatin Fazana ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam bilik setelah api berjaya dipadamkan.

Bapa mangsa, Hamid Mustafa, 44, berkata ketika kejadian beliau tidur di ruang tamu dan hanya menyedari mengenai kebakaran itu setelah dikejutkan sepupunya Wan Norizan Wan Ismail, 40, yang duduk berjiran dengannya. “Saya hanya menyedari kejadian selepas sepupu menjerit rumah sayaterbakar dan saya memanggil kedua-dua anak tetapi gagal menemui mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Ibu kanak-kanak itu, Suriani Sulong, 40, yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah pula berkata, ketika kejadian dia tidak berada di rumah kerana bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu. “Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan kira-kira 9.30 pagi yang menyatakan rumah sayaterbakar,” katanya dengan sayu dan kelihatan masih kebingungan dengan kejadian malang itu.
Kejadian malang sebegini perlu kita ambil perhatian dan jadikan peringatan kepada kita supaya berhati-hati dalam menjaga keluarga tercinta. Beringat sebelum terjadi, Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pasangan kembar yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Sumber: Berita Harian
Bayi Kembar Rentung Berpelukan


-ADMIN-