Jeeja Yanin atau nama penuhnya Yanin Vismitananda dilahirkan di Bangkok, Thailand pada 31.03.1984. Pakar dalam seni mempertahankan diri taekwando dengan memiliki tali pinggang hitam dan yg ke-3.
Terkenal kerana kepantasannya dalam seni mempertahankan diri Muay Thai @ Tomoi melalui filem Thailand pertamanya berjudul Chocolate. pada tahun 2008 sebagai seorang anak gadis autistic yang mempelajari muay thai dengan cuma memerhati orang yang berlatih di sekitar kediaman dia dan melalui kaca television.
Filem Chocolate menampilkan aksi aksi kickboxing yang menarik dangan stunt yang hebat.
Melepasi tiga dekad, dunia masih tidak ketandusan pelakon aksi bela diri yang berwibawa yang boleh mewakili kehebatan kaum wanita. Sinonim dengan Negara gajah, Siam meneruskan kesinambungan itu dengan mengambil-alih status pelakon aksi wanita yang berjaya di alaf baru ini selepas Hong Kong (Angela Mao) dan Amerika (Cynthia Rothrock). Sesuai dengan saiz wanita asia Yanin telah di ketengahkan oleh Prachya Pinkaew yang juga pencetus filem aksi di Siam. Pinkaew juga adalah individu yang sama bertanggungjawab menaikkan nama Tony Jaa ke persada dunia melalui sentuhan filem aksi mereka. Atas sentuhan magis beliaulah, nama Yanin juga turut dikenali dan terserlah bakat aksinya dalam filem arahan beliau
Yanin ‘Jeeja’ Vismistananda atau nama sebenarnya dalam bahasa Siam adalah Nicharee Vismistananda. Sama seperti Angela Mao, terdapat beberapa nama mengikut sebutan dalam loghat keturunan mereka ini. Antaranya, Yanin ‘Chicha’ Wisamitanan@ Nee Chicharee Vismistananda@ Nitchari Wismitanan tetapi dalam credit tittle dalam filem sulung lakonannya iaitu Chocolate (Women Quanba), beliau menggunakan nama Yanin Mitananda. Namun, secara ringkasnya nama lain yang mudah disebut buat peminat adalah Jeeja Yanin. Di lahirkan pada 31 Mac 1985, di Bangkok, Thailand, wirawati Siam ini memiliki tali pinggang hitam dalam seni beladiri Taekwondo tahap 3 dan mahir dalam ilmu Muay Thai. Berikut adalah antara filem-filem aksi lakonannya;
Filmography
Chocolate (2008) as ZenRaging Phoenix (2009) as Deu
Jak Ka Ran (2011) as Jak Ka Ran
The Kick (2011)
Chocolate 2 (2011)
Tom-Yum-Goong 2 (2011)
Pada tahun 2009, filem Jeeja seterusnya berjudul Raging Pheonix. Dalam filem ini Jeeja memgang watak Deu di mana dia telah mempelajari seni mempertahankan diri yang unik.
Dengan Kebolehan yang ada pada dirinya, Deu telah berjaya menyelamatkan beberapa gadis daripada manjadi mangsa penculikan. Seterusnya, dengan bantuan kawan kawannya yang lain berhasil menumpaskan kumpulan penculik tersebut.
The Kick adalah filem pertama gabungan thailand dan korea. Filem aksi berlatarkan seni mempertahankan diri Taekwando ini dilancarkan pada November 2011. Diarahkan oleh Prachya Pinkaew, yang juga pengarah filem Chocolate serta Ong Bak.
Selain daripada itu, filem terbaru Jeeja termasuk Tom Yum Goong 2, Pengarah Prachya Pinkaew, menggabungkan Jeeja dan Tony Jaa dalam satu filem.
Penggambaran telah di mulakan pada Ogos yang lepas. Selain daripada itu, kemungkinan filem Chocolate 2 juga akan dijalankan penggambarannya
-The Kick-
Jeeja yanin nih bukanlah cantik sangat...biasa2 jer tapi yg membuat kan aku minat sangat kat dia nih sebab aksi pertarungannya yg cukup bertenaga..dah lama aku tak tengok pelakon wanita beraksi,kalau ada pun yg pakai guna stunt jer...berlainan dgn jeeja yanin nih,dia melakukan aksi sendiri..tanpa menggunakan stunt,semua dilakukan sendiri, dengan itu pengarah mengatakan,persembahan yg Jeeja yanin tanpa mengguna kan stunt adalah lebih baik dari menggunakn stunt...ermmm..lagi best kan kalau mcm tu,lagi nampak real..disini saya sertakan beberapa koleksi gambar Jeeja Yanin,biar tak cantik..tapi muka dia manis dan kiut..tak jelita pun tak per lah janji pandai fighting pun boleh berjaya sampai ke peringkat antarabangsa...support sangat.
-ADMIN-
dia minat nombor apa ?
ReplyDelete