July 6th, 2011 | By pengarang untuk orang lain ~ ~
Bayi Kembar Rentung Berpelukan
Berita sedih, pasangan bayi perempuan berumur 3 tahun rentung dalam keadaan yang menyayat hati akibat rumah mereka yang dijilat api semalam. Kejadian berlaku di di Kampung Durian Mas, Manir Terengganu lebih kurang pukul 9.18 minit pagi. Norfatin Fazanah Hamid dan Norfatin Fazana ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam bilik setelah api berjaya dipadamkan.
Bapa mangsa, Hamid Mustafa, 44, berkata ketika kejadian beliau tidur di ruang tamu dan hanya menyedari mengenai kebakaran itu setelah dikejutkan sepupunya Wan Norizan Wan Ismail, 40, yang duduk berjiran dengannya. “Saya hanya menyedari kejadian selepas sepupu menjerit rumah sayaterbakar dan saya memanggil kedua-dua anak tetapi gagal menemui mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Ibu kanak-kanak itu, Suriani Sulong, 40, yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah pula berkata, ketika kejadian dia tidak berada di rumah kerana bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu. “Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan kira-kira 9.30 pagi yang menyatakan rumah sayaterbakar,” katanya dengan sayu dan kelihatan masih kebingungan dengan kejadian malang itu.
Kejadian malang sebegini perlu kita ambil perhatian dan jadikan peringatan kepada kita supaya berhati-hati dalam menjaga keluarga tercinta. Beringat sebelum terjadi, Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pasangan kembar yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Sumber: Berita Harian
Bayi Kembar Rentung Berpelukan
Bayi Kembar Rentung Berpelukan
-ADMIN-
No comments:
Post a Comment