perkongsian bacaan kita bersama....selamat membaca...
Ada satu pasangan suami isteri ni pergi memancing dan berkhemah di salah sebuah kawasan bersama-sama dengan saudara mereka. Tempat ni memang biasa orang memancing pun.. jadi ikutkan takde masalah sebenarnya. Bila sampai disana pun mereka semua buat macam biasa saja cuma apabila dah malam sedikit si suami ni perasan yang isterinya tiada di khemah. Setelah bertanya pada saudaranya, mereka katakan si isteri ni pergi kutip kayu bersama-sama dengan seorang lagi saudara mereka. Jadi si suami ni takdelaa risau mana, cuma cuba menjejaki dimana isterinya mengutip kayu.
Dalam mencari tu nampaklah dia si isterinya sedang mengutip kayu di bawah sepohon pokok agak besar. Cuma yang peliknya di atas pohon pokok tersebut dia ternampak seakan seutas tali yang panjang dan hampir mengenai kepala isterinya. Dia cuba mendekati dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat diatas pokok tersebut ada satu mahkluk yang tergantung dan lidahnya terjeler panjang kebawah dan seolah-olah menjilat-jilat rambut isterinya. Ya Allah! Lantas dia memanggil saudaranya seorang lagi untuk melihat apa yang telah disaksikannya. Tanpa menunggu lama saudaranya melaungkan Azan dan segera memanggil isteri mereka untuk kembali ke khemah tanpa memberitahu apa yang berlaku.
Sampai sahaja di khemah sang suami cuba mengusap belakang kepala isterinya yang dilihat bagaikan dijilat-jilat sebentar tadi dan nyata ianya masih basah. Apabila ditanya kepada isterinya.. jawabnya ” Entahlaa bang.. saya kutip kayu bawah pokok tadi.. mungkin air dari pokok tu agaknya..” Erk!
Ada satu cerita lagi tentang seorang lelaki yang balik kerja lewat malam dan katanya setiap kali beliau pulang beliau perasan ada penumpang yang turut sama mengikuti di tempat duduk belakang. Adeh..! dahlaa aku pun balik tengah malam.. apa punya cerita nih.. huh.. OKlaa cukuplaa tu.. seram jugak aku ni sorang-sorang dalam ofis. Jam pun dah dekat pukul 12 malam. Kalau nak rasa feelnya dengarlaa “Misteri jam 12 – Kalau berani dengar.., takut jangan…”
-admin-
No comments:
Post a Comment